Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Antara Sulaman Kerawang, Sulaman Kancung dan Bordir

April 5, 2014 | By | 40 Comments

Sulaman kerawang sangat cantik apabila dihasilkan pada pakaian, sama ada ia busana tradisi ataupun busana moden. Sulaman kerawang ini juga dikenali dengan nama sulaman kancung ataupun bordir bagi masyarakat di Indonesia.

Busana Sulaman Kerawang Digemari Oleh Masyarakat Jawa dan Indonesia

Hal ini kerana, sulaman kerawang amat gemar dipakai oleh masyarakat Jawa ataupun Indonesia amnya yang menjadi identiti mereka. Sebagai mana kita di Malaysia masyarakat Melayu lebih gemar memakai baju kurung daripada baju kebaya. Jadi, tidak hairanlah jika sulaman kerawang Indonesia lebih popular berbanding dengan sulaman kerawang hasil penyulam negara kita sendiri.

Kesabaran dan Minat Dituntut Dalam Mempelajari Kemahiran Sulaman Kerawang

Dalam mempelajari sulaman kerawang ini, minat dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Ini kerana kemahiran sulaman kerawang ini perlulah diamalkan dan dipraktikkannya selalu agar anda dapat menghasilkan sulaman kerawang yang cantik dan kemas. Ini kerana, sulaman kerawang ini bukan sahaja diukur dari segi corak sulamannya tetapi juga dilihat pada kekemasan dalam menyulam.

Rekaan Sulaman Kerawang Berkualiti Boleh Disimpan dan Digayakan Dalam Tempoh Yang Lama

Jika sulaman kerawang ini berkualiti, ia boleh disimpan dan digayakan dalam tempoh yang lama sehingga 20 tahun. Namun, jika ia tidak dihasilkan dengan berkualiti, pastinya penggunaannya tidak sampai sebulan pun hasil sulamannya akan rosak.

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Online Courses Sulaman Kerawang dan Butik Sulaman Sri Classic Collection

Bengkel Sulaman Kerawang Online

Jom belajar dan kuasai sulaman kerawang secara mudah bersama kami.

Submit a Comment