Busana Sulaman Kerawang

Post

Comments   |   Tips Sulam Kerawang

Jika sesebuah busana dipadankan dengan rekaan sulaman kerawang, ia mampu mencantikkan lagi busana tersebut. Sulaman kerawang yang bertindak sebagai aksesori kepada busana mampu menjadikannya lebih mewah dan elegan.

Teknologi Penghasilan Sulaman Kerawang

Dalam menghasilkansulaman kerawang ini, terdapat beberapa kaedah atau teknologi yang boleh digunakan. Jika anda pernah ke negara jiran seperti Thailand dan Vietnam,  kain funji merupakan antara bahan asas dalam menyulam kerawang.

Kain Funji Pengalas Sulaman Kerawang

Penyulam dari negara Thailand dan Vietnam akan menggunakan kain funji sebagai alas tebuk kerawang atau sebagai pelapik untuk sulaman biku. Ia bertujuan bagi menggantikan kain gam yang sering digunakan oleh para penyulam tempatan mahupun penyulam bordir dari Indonesia.

Bergantung Pada Saiz Lebaran Sulaman Kerawang

Ada yang bertanya kepada saya, berapakah jumlah meter kain funji yang perlu diguna pakai sewkatu menyulam kerawang? Adakah ia perlu sama dengan ukuran fabrik busana? Atau sekadar menutup bahagian yang ingin disulam kerawang.

Dalam menggunakan kain funji, berapa meter atau berapa lebar kain funji yang perlu digunakan adalah bergantung kepada saiz lebaran sulam atau kerawang yang ingin dihasilkan.

Ya! ia bergantung kepada sazi lebaran sulaman kerawang anda.

Anda tidak perlulah berhabis wang yang banyak sekadar untuk membeli kain funji tetapi anda perlulah membeli sekadar lebaran untuk menghasilkan sulaman kerawang anda.

Fabrik Funji Mencantikkan Rekaan Sulaman Kerawang Anda

Namun, kain funji ini amat diperlukan bagi mencantikkan hasil sulaman kerawang anda. Malahan, penggunaannya juga amat bergantung kepada teknologi apa yang anda ingin gunakan sewaktu menyulam nanti.

Bagi saya, penggunaan teknologi Thailand dan Vietnam amat saya gemari sewaktu menyulam kerana hasil rekaan sulamannya adalah tahan lasak dan tahan lama berbanding dengan sulaman hasil tempatan dan juga bordir dari Indonesia yang lebih memerlukan penjagaan yang rapi.

Ia bertujuan bagi mengekalkan hasil sulaman kerawang anda sentiasa cantik dan tidak menjadi rosak. Sebab itulah teknologi Thailand dan Vietnam yang menghasilkan sulaman yang lebih tahan lasak menjadi pilihan saya dalam setiap aksesori sulaman kerawang di busana yang dihasilkan saya.

Sulaman Kerawang

Jumpa lagi,

Ikhlas,

Syahida Ramli

Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic

Moderator Online Courses Sulaman Kerawang.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.