Sulam padu adalah antara teknik yang digunakan dalam menghasilkan sulaman anda. Dalam menyulam sulaman kerawang, apa yang perlu ditekankan adalah motif sulaman yang dihasilkan. Ini kerana, jika diperhatikan betul-betul, bukan semua motif rekaan sulaman kerawang boleh dihasilkan dengan menggunakan satu kaedah sahaja iaitu sulam padu.
Tips Sulam Kerawang
Dalam menghasilkan design atau corak kerawang yang cantik, seseorang penyulam itu bebas untuk menghasilkan karya mengikut seleranya. Selagai mana ia mampu berkarya, selagi mana kreatifnya idea corak kerawangnya, selagi itulah hasil corak kerawangnya menjadi semakin cantik dan unik.
Pilih Alatan Yang Sesuai Dalam melukis corak , design atau motif pada fabrik anda akan keliru dalam pemilihan bahan untuk lukisan anda. Pelbagai alat lukisan boleh digunakan seperti pen, pensel, pensel kapur, marker khas untuk fabrik, kertas karbon, kapur berbentuk tiga segi, kapur tukang jahit (warna merah dan biru), pensel warna dan sebagainya. Cuma untuk [...]