Realtime hit counterweb stats

Rekaan Corak Sulaman Kerawang Dari Negara Jiran

Post

Comments   |   Tips Sulam Kerawang

Ada yang bertanya kepada saya bagaimana untuk menghasilkan rekaan corak sulaman kerawang yang nipis. Sebagai mana baju yang telah dibeli beliau dari Negara jiran. Mujurlah, ketika berkunjung ke Butik Sulaman saya, beliau telah membawa bersama hasil rekaan corak sulaman kerawang di pakaian yang telah dibelinya. Dan beliau menyuruh saya meneliti teknik rekaan corak sulaman tersebut.

Pertanyaan Tentang Rekaan Corak Sulaman Kerawang

Sekali tengok, hasil rekaan corak sulaman kerawang tersebut sebenarnya menggunakan teknik tampalan dan cantuman pada fabrik yang hendak disulam dan bukannya menggunakan kaedah sulaman tradisional atau sulaman ayak. Ia tidak menggunakan kain pelapik pada busana tersebut, sebaliknya hanya menggunakan fabrik funji dan juga organza dalam menghasilkan rekaan corak sulaman kerawang.

Mengapa Fabrik funji dan Organza Untuk Rekaan Corak Sulaman

Beliau menyoal saya, mengapa penyulam tersebut menggunakan fabrik funji dan organza? Saya memberitahunya, fabrik funji dan organza adalah fabrik yang nipis dan senang untuk diolah ketika menyulam. Oleh itu, dengan sifat fabrik yang nipis dan mudah disulam tadi, rekaan corak sulaman kerawang yang dihasilkan di atas fabrik akan senipis ketebalan fabrik busana.

Lihatlah bagaimana dengan hanya menggunakan fabrik yang nipis, pembeli yang tidak mempunyai kemahiran dalam seni sulaman ini mampu terpedaya dan membeli rekaan corak sulaman yang ditampal dan bukannya disulam ayak terus di atas fabrik.

Dan sudah barang pasti, jika tidak berhati-hati, sebenarnya anda akan membeli fabrik rekaan corak sulaman kerawang yang ditampal dan bukannya dihasilkan terus secara tradisional di atas busana.

Jaga rekaan corak sulaman kerawang dengan baik

Tetapi awas, jika anda meminati dan telah membeli rekaan corak sulaman kerawang yang menggunakan kaedah tampalan ini, anda perlu menjaganya dengan baik agar rekaan corak sulaman kerawang tadi tidak bergulung kerana sifat fabrik funji dan organza yang nipis.

Pastikan juga fabrik rekaan corak sulaman yang menggunakan fabrik funji tadi disimpan dengan elok dan teliti.

Jumpa Lagi,

Ikhlas,

Syahida Ramli.

Pengasas, Butik dan Akademi Sulaman Sri Classic

Moderator, Online Courses Sulaman Kerawang dan pelajari lebih banyak lagi rekaan corak sulaman kerawang bersama kami!

rekaan corak sulaman kerawang

Leave a Reply