Sulaman kerawang tidak tertumpu kepada busana sahaja, malah barang-barang atau objek dekorasi dalaman rumah juga boleh disulamkan agar ia ditambah nilai seninya. Mungkin salah satu sahaja elemen yang digunakan iaitu sulaman ataupun hanya kerawang sahaja digunakan. Malahan apa sahaja barang atau produk yang berasaskan kain dan fabrik boleh disulamkan.
Tempahan Sulaman Kerawang Atas Kain Sejadah
Pernah suatu ketika dahulu, saya menerima tempahan daripada pelanggan untuk menghasilkan sulaman pada alas sejadah. Saya nyatakan kepada pelanggan tersebut mengapa beliau tidak menempah dengan mereka yang menyulam komputer? Beliau menjawab bahawa sudah hampir seluruh Malaysia beliau telefon dan pergi bertanya dan semuanya memberikan jawapan yang sama iaitu ia tidak boleh dibuat kerana logo yang diminta dihasilkan di sejadah adalah sebesar sejadah tersebut.
Justeru, berdasarkan pengalaman saya di atas, ia menunjukkan bahawa jika anda memiliki kemahiran menyulam secara tradisional ini, anda mempunyai satu kelebihan kerana setiap corak yang dilukis dan direka pastinya boleh disulamkan.
Kain Luput Tempoh Tidak Boleh Digunakan Untuk Sulaman Kerawang.
Tetapi awas! Untuk pengetahuan anda, sulaman kerawang ini juga tidak dapat dilakukan pada kain yang sudah luput tempohnya. Ini kerana fabrik yang telah luput tempohnya, mudah terkoyak dan rapuh apabila disulam, biarpun anda menggunakan teknologi sulaman negara jiran iaitu Indonesia.
Oleh itu, anda perlu berhati-hati jika mendapat pakaian yang dihasilkan daripada fabrik atau kain yang telah tamat tempohnya.
Bagaimana Mengenali Fabrik Yang Sudah Luput Tempoh?
Persoalannya, bagaimana untuk anda mengenalinya? Mudah sahaja jawapannya iaitu apabila pemidang anda ditarik walaupun tanpa ditegangkan, anda akan mendapati fabrik tersebut merekah dengan cepat. Oleh itu, nasihat saya anda perlu nyatakan kepada pelanggan tersebut terlebih dahulu tentang perkara ini daripada anda menanggung risiko yang tinggi apabila menghasilkan sulaman kerawang nanti.
Berkongsi Pengalaman Sulaman Kerawang Bersama Anda.
Sebab itulah, pengalaman anda sebagai seorang penyulam amat penting dalam menghasilkan sulaman kerawang yang bermutu tinggi. Inilah yang menjadikan pendorong kepada saya dalam menghasilkan Online Courses Sulaman Kerawang untuk berkongsi pengalan menyulam saya hampir 23 tahun dengan anda dan penggemar sulam.

Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas, Butik & Akademi Sulaman Sri Classic.
Moderator, Online Courses Sulaman Kerawang.
p/s : Jangan lupa mendaftar online courses sulaman kerawang anda hari ini!
Product Rating: 4.7
Summary: A review on Hasil Rekaan Sulaman Kerawang Tidak Tertumpu Pada Busana Semata 624
Reviewed by: PUSPANITA
Price: $191
{ 16 comments… read them below or add one }
Really enjoyed this article post.Really looking forward to read more. Will read on…
I value the article.Really thank you! Much obliged.
This is one awesome blog article.Really thank you! Will read on…
Thank you for your blog article.Really thank you! Really Great.
“Hey, thanks for the article.Really thank you! Much obliged.”
Thank you ever so for you article. Want more.
I truly appreciate this article.Thanks Again. Really Great.
“Hey, thanks for the post.Thanks Again. Want more.”
Really informative blog post.Really looking forward to read more. Cool.
Very neat blog.Much thanks again. Cool.
Im thankful for the post.Really looking forward to read more. Want more.
Muchos Gracias for your post.Really thank you! Really Cool.
I think this is a real great blog article.Much thanks again. Awesome.
I am so grateful for your blog post.Thanks Again. Fantastic.
Thanks again for the blog article.Much thanks again. Awesome.
Major thankies for the blog.Much thanks again.
You must log in to post a comment.