Hasil Sulaman Kerawang Terputus-putus dan Menggelembung

Post

2 comments   |   Tips Sulam Kerawang

Jika anda baru bermula belajar sulaman  kerawang, pastinya anda akan mengalami masalah benang mesin yang selalu terputus-putus semasa menyulam. Situasi seperti inilah yang menguji kesabaran dan ketabahan hati saya sewaktu mula-mula memahirkan diri dalam sulaman kerawang 23 tahun yang lalu.

Namun, alah bisa tegal biasa, dan lama-kelamaan, saya mula mampu mengimbangi pergerakan tangan yang seimbang dengan pergerakan kaki.

Istilah ‘Seimbang’ Dalam Menghasilkan Sulaman Kerawang.

Istilah “Seimbang” dalam kemahiran sulaman kerawang , tidak sama dengan keseimbangan yang biasa anda dengar dan praktikkan. Keseimbangan yang dimaksudkan ialah di mana, pergerakannya mestilah selari, barulah ia disebut seimbang.

Lain pula istilah ‘seimbang’ yang saya pelajari da;am menghasilkan kerawang ini. Ini kerana terdapat dua situasi tertentu pergerakan yang berlawanan juga disebut seimbang . Sebagai contohnya, pergerakan di bawah pedal kaki mesin haruslah laju, manakala pergerakan tangan perlulah sangat lembut dan perlahan pada waktu yang sama. Maka, di sini istilah ‘seimbang’ berlaku apabila hasil sulaman kerawang tidak terputus-purus dan juga tidak menggelembung . Pelik bukan?

Itulah istilah ‘Seimbang’ dalam kemahiran sulaman kerawang.

Ia mungkin janggal didengari oleh anda sebelum anda mengalaminya sendiri menyulam kerawang bersama Online Courses saya secara dalam talian. Sebagai mana pengalaman ditimba, itulah yang dikongsi bersama dengan anda supaya sama-sama dapat memanfaatkannya.

Praktik dan Hasilkan Sulaman Kerawang Selalu.

Malah, jika anda lebih mahir dan cantik menyulam kerawang daripada saya pun, saya amat bersyukur dan berbangga dengan pencapaian anda. Tidak mustahil kerana dalam sulaman kerawang ini, perkara yang mencantikkan sulaman kerawang anda adalah pengalaman seseorang dalam mengayak sulaman tersebut.

Lagi lama anda mengayak sulaman kerawang, lagi cantik hasil rekaan kerawang anda.

Mari Belajar Sulaman Kerawang

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik & Akademi Sulaman Sri Classic.

Moderator, Online Courses Sulaman Kerawang.

p/s : Jangan lupa mendaftar online courses sulaman kerawang anda hari ini!

  1. MariBelajarSulam12-04-10

    Yupe.. every modul/ month is RM100. Apabila sudah tamat hingga ke Modul 04, sijil akan diberikan.

  2. MariBelajarSulam12-05-10

    Maaf puan,

    Untuk bengkel secara individu, hanya online sahaja. Ini kerana jadual dan tugasan puan Syahida agak padat. Melainkan atas jemputan secara berkumpulan.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.