Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Kebaya Sulaman Kerawang

February 9, 2014 | By | 72 Comments

Apabila melihat kebaya yang disulam dengan sulaman kerawang tebal serta cantik, hati anda pasti hendak memilikinya. tetapi apabila melihat harganya pula, pasti anda terbantut untuk membelinya. 

Sulaman Kerawang Kekal Dengan Identitinya

Sulaman kerawang merupakan satu seni yang eksklusif sejak turun temurun. Jika dahulu hanya golongan bangsawan sahaja yang mampu memilikinya , kini tidak kira golongan anda sama ada korporat ataupun pekerja biasa sudah mampu memilikinya. Tetapi ia masih lagi tergolong dalam seni sulaman yang boleh dibanggakan serta menjadi identiti kemewahan kepada si pemakainya.

 Memiliki Mesin Sulaman Kerawang

Oleh itu, bagi golongan yang tidak berkemampuan membelinya, terasa untuk menghasilkannya sendiri supaya dapat dipakai sepuas-puasnya. Cuma kekangannya adalah memiliki mesin sulam yang sesuai. Pastinya mesin sesuai untuk menyulam adalah mahal berbanding mesin domestik atau pun mesin mudah alih yang kini dimiliki oleh kebanyakan isi rumah.

Mengetahui Teknik Sulaman Kerawang Yang Betul

Pokok pangkalnya, dengan menggunakan mesin-mesin tersebut, anda mampu menghasilkan sulaman kerawang dengan baik melalui pembelajaran teknik sulaman kerawang yang betul daripada pengajar dan penyulam yang berpengalaman. Inilah yang ditekankan dalam setiap segmen pembelajaran saya sewaktu mula-mula menghasilkan modul sulaman kerawang secara online. Mudah bukan, kerana ia dihasilkan berdasarkan pengalaman saya dalam menguasai sulaman kerawang dengan menggunakan pelbagai jenis mesin sama ada mesin domestik, mesin mudah alih serta mesin sulam industri.

Bagi saya, apa yang perlu dipelajari dan ditekankan adalah teknik sulaman dalam menghasilkan sulaman kerawang tersebut. Dari itu, layari dan daftar Online Courses Sulaman Kerawang anda hari ini dan mempelajarinya bersama-sama saya secara terus dan mudah.

Jumpa Lagi!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Online Courses Sulaman Kerawang

Bengkel Sulaman Kerawang Online

Submit a Comment