Apabila melihat banting-banting festival baba nyonya antarabangsa yang berlangsung di Melaka dari 16 hingga 18 November 2011, mengimbau kenangan bagaimana sulaman baba nyonya yang penuh dengan sulaman kerawang secara meluas suatu ketika dahulu. Bermula dari saat itulah sehingga kini, sulaman kerawang mula mendapat perhatian terutamanya buat generasi muda.
Memartabatkan Hasil Seni Sulaman Kerawang
Namun, ketika ia menjadi satu tarikan dalam memartabatkan sulaman kerawang, hati kecil saya sedikit terkilan kerana ia masih lagi tidak mampu menarik perhatian ramai untuk mempelajari bagaimana penghasilan sulaman kerawang ini dibuat, baik bagi golongan tua mahupun golongan muda.
Hal ini kerana seni sulaman kerawang ini bagaikan ditelan zaman kerana tiada pelapis yang sanggup berjuang dalam memartabatkan penghasilan seni sulaman kerawang ini. Ternyata, setakat ini individu yang terlibat hanya tertarik untuk memakainya dan bukannya untuk mempelajari bagaimana sulaman kerawang ini dihasilkan.
Elemen Motif Sulaman Kerawang
Dalam memperjuangkan seni sulaman seorang diri, saya sering menekankan agar sulaman kerawang hanya dapat dilakukan bagi mereka yang mem[unyai minat serta sanggup bersabar dalam mempelajari sulaman kerawang sekali gus menghasilkannya. Ini kerana sulaman kerawang bagaikan hidup sekiranya elemen-elemen atau motif kerawang yang dihasilkan penuh dengan ketelitian. Jika tidak, pastinya sulaman kerawang ini tidak dapat dihasilkan dengan penuh cantik dan kreatif.
Nafas Baru Dalam Seni Sulaman Kerawang
Sulaman kerawang perlu juga diberi nafas baru agar dapat dicampurkan motifnya seiring dengan tema yang ingin dipersembahkan nanti seiring dengan trend manik yang cukup memberangsangkan. Oleh itu, sama-samalah kita berusaha dalam memartabatkan sulaman kerawang ini agar ia dapat dimartabatkan sehingga menjadi trend yang amat digemari oleh semua lapisan masyarakat. Jika tidak pastinya seni sulaman kerawang ini akan lenyap bersama arus pemodenan fesyen sulaman itu sendiri.
Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas, Online Courses Sulaman Kerawang dan Butik Sulaman Sri Classic Collection
Jom belajar dan kuasai sulaman kerawang secara mudah bersama kami.

You must log in to post a comment.