Dalam sesi online courses sulaman kerawang ini, pihak kami telah menyediakan sebanyak 5 modul untuk anda ikuti dan pelajarinya. Untuk makluman anda, setiap modul online courses sulaman kerawang yang dirangka dan dibangunkan adalah sesuai untuk semua tahap kecekapan anda dalam bidang sulaman kerawang sama ada anda sudah mempunyai asas sulaman, sudah mempunyai asas jahitan ataupun anda tiada apa-apa asas jahitan dan sulaman sebelum ini.
Pihak kami telah merangka 5 modul untuk kesemuanya untuk online courses sulaman kerawang ini. Modul-modul tersebut telah dipecahkan kepada beberapa peringkat dan tajuk serta proses-proses tertentu seperti berikut:-
Dalam Modul 01 ini, anda akan mempelajari sebanyak 5 sub modul berkaitan asas sulaman kerawang. Dari Pengenalan asas hingga ke teknik menyulam kerawang asas, semuanya akan diajar di sini.
Dalam Modul 02 ini, anda akan mempelajari teknik-teknik sulaman biku untuk pelbagai jenis motif. Dan kesemua jenis teknik sulaman biku yang akan anda pelajari tidak termasuk beberapa lagi maklumat tambahan dan teknik-teknik mengindahkan sulaman biku anda.
Dalam Modul 03 ini, anda akan mempelajari teknik-teknik bunga dan beberapa biku bermotif lain dalam rekaan sulaman anda.
Dalam Modul 04 ini, anda akan mula mempelajari teknik-teknik sulaman kerawang dalam membina rangka, lubang kerawang dan tebuk kerawang.
Dalam Modul 05 ini, anda akan mula mempelajari teknik-teknik menebuk sulaman kerawang dengan pelbagai gabungan teknik-teknik sulaman yang telah dipelajari sebelum ini.
Malahan, terdapat beberapa bonus sampingan yang akan diberikan kepada anda sebagai peserta Online Courses Sulaman Kerawang.
