Image Image Image Image Image Image Image Image Image

07 Dec

By

Menghasilkan Sulaman Kerawang Awan Larat

December 7, 2013 | By |

Hakikatnya, sulaman kerawang sememangnya menguji dan menuntut kesabaran yang tinggi. Tidak kiralah apa jua material yang ingin disulam dari fabrik senipis organza hingga ke fabrik setebal songket, maka perkara yang tidak boleh lari ketika menyulam adalah kesabaran.

Tumpuan Penting Dalam Menghasilkan Sulaman Kerawang

Tidak kira sebanyak mana rekaan sulaman kerawang yang ingin anda hasilkan, tetapi tumpuan dan mood yang ceria serta ketekunan anda amat diperlukan bagi menghasilkan sulaman kerawang yang indah dan cantik.

Hasilkan Sulaman Kerawang Secara Berperingkat-Peringkat.

Proses menyulam yang bermula dengan sulam biku, sulam bunga dan setersunya lubang kerawang dapat menghasilkan satu design atau corak rekaan yang cantik. Terdapat pelbagai motif tradisi dan kontemporari yang menjadi minat individu dalam menghasilkan corak sulaman kerawang yang menarik.

Menghasilkan Motif Awan Larat Sulaman Kerawang

Lazimnya tumpuan lebih diberikan kepada penghasilan motif awan larat yang menjadi kegemaran pereka design sehingga kini.

Namun bagi enyulam baru,  untuk menghasilkan sulaman awan larat ini amat sukar sekali. Kesalahan yang nyata adalah merekan sering berhenti di persimpangan yang menjadi penyambung kepada motif awan larat itu.

Sepatutnya, penyambunga dibuat bukannya di persimpangan tetapi di sulur yang berada sebelum atau selepas persimpangan awan larat tersebut. Jika masalah tersebut dapat diatasi, maka teknik awan larat ini akan lebih nampak natural.

Kawal Pernafasan Sewaktu Menyulam Kerawang

Selain daripada itu, pernafasan anda perlu seimbang dengan tangan serta kakai semasa proses menyulam dilakukan.

Ingat! Kawal pernafasan sewaktu proses sulaman kerawang.

Ini kerana, bagi mereka yang gemuruh, seringkali hasil sulaman kerawang yang dilakukan akan menjadi berketul-ketul. Oleh itu, anda perlu mengatasi masalah ini sewaktu sulaman kerawang dilakukan.

Cuba anda atasi masalah di atas, dan anda mampu menghasilkan sulaman kerawang yang lebih cantik dan kemas.

Jumpa lagi.

sulaman kerawang

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic

Moderator, Online Courses Sulaman Kerawang.