Dalam menyulam bunga tanjung, apa yang penting adalah bulatan luaran bunga tanjung mestilah sama besar saiznya di antara kelopak. Seterusnya anda perlu melakukan sulaman padu secara berulang-ulangan pada setiap kelopak yang terhasil. Ia merupakan langkah asas yang perlu anda ikuti dan lakukan.
Dalam emnyulam bunga tanjung, yang paling cantik adalah sebanyak 9 lapisan sulam padu dihasilkan pada setiap kelopak bunga tanjung. Sulaman yang dihasilkan adalah dalam gerakan melebar atau melintang pada setiap kelopak. Anda perlu berhati-hati ketika ini.
Pergerakan menyulam ini, tidak sama seperti yang telah dibuat pada kebanyakan proses menyulam bunga kerana setiap teknik sulam yang dihasilkan adalah secara menegak.
Teknik menyulam bunga inilah yang membezakan di antara sulaman teknik bunga tanjung dengan teknik sulam padu yang lain.
Justeru, sebagai kesimpulannya, apabila anda ingin menyulam bunga tanjung, pastikan:
Justeri, pastikan anda mempraktikkan 2 kunci utama dalam teknik sulaman bunga tanjung anda.
Selamat Mencuba!

Ikhlas,
Syahida Ramli
Pengasas, Butik & Akademi Sulaman Sri Classic
Moderator, Online Courses Sulaman Kerawang dan jangan lupa mendaftar hari ini untuk mengetahui kaedah menyulam bunga dan kerawang secara video.