Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan sulaman kerawang pastinya tertanya-tanya kepada diri sendiri, iaitu mesin sulam yang bagaimanakah yang paling sesuai untuk menghasilkan sulaman kerawang yang cantik.
Mana Satu Mesin Sulaman Kerawang Pilihan Hati?
Bagi saya, ia memadailah dengan anda menggunakan mesin jahit yang sedia ada dalam mempelajari sulaman kerawang. Ini bagi mengelakkan anda menanggung liabiliti yang banyak atau besar semata-mata mendengar pendapat orang lain sedangkan hasil sulaman kerawang anda masih sama dan tidak seberapa.
Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya di atas, tetapi hakikatnya begitu. Kerana sulaman kerawang merupakan satu kemahiran yang tidak dimiliki oleh setiap individu tanpa diajar dan diawasi oleh guru sulaman yang berpengalaman.
Belajar Dahulu Sulaman Kerawang Kemudian Baru Labur Untuk Mesin.
Walau bagaimanapun, kemahiran sulaman ini boleh dibentuk dan dipupuk dengan minat yang tinggi. Ada yang bertanya saya setelah mereka menanyakan jurujual bahagian mesin jahit. Mengikut jurujual tersebut, mesin yang dimilikinya tidak boleh dibuat kerawang sebaliknya perlu membeli terus mesin industri ataupun mesin sulam berkomputer sekiranya tidak mahir menyulam.
Jika saya letakkan diri saya pada jurujual mesin tersebut, mungkin pendapat saya juga adalah sama. Ini kerana dengan alasan sekiranya mesin saya terjual, maka pendapatan saya juga bertambah. Jika saya mengatakan semua mesin jahit boleh diguna untuk membuat sulaman kerawang, maka macam mana saya hendak berniaga?
Minat sulaman kerawang perlu terlebih dahulu.
Tetapi sekiranya saya meletakkan situasi sekarang pada diri saya, jawapannya adalah tetap sama iaitu mahirkan diri dengan sulaman kerawang terlebih dahulu dan barulah memikirkan tentang mesin apa yang perlu digunakan mengikut matlamat dan hasrat kita di masa hadapan. Jika tidak memadailah dengan mesin jahit yang sedia ada.
Sebenarnya, setiap mesin jahit boleh diolah menjadi mesin sulam jika kena pada gayanya. tetapi anda harus ingat bahawa ia tidak boleh digunakan secara berterusan atau heavy duty tanpa henti kerana dikhuatiri tentang ketahanannya. Jika terlalu panas, mesin jahit akan mula berbunyi dan jahitannya tidak akan lagi melekat di fabrik.
Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa teknik atau ilmu sulaman kerawang ini perlu dipelajari dan disemai sebelum anda ghairah membeli mesin sulam khas untuk kerawang. Kerana ramai di kalangan peserta saya yang lepas mempunyai hampir lebih dari 3 mesin sulam berkomputer atau separa komputer , namun masih gagal untuk menyulam sulaman kerawang sendiri.
Bijak merancang pembelian mesin sulaman kerawang anda.
Jadilah seorang pengguna yang bijak dan penyulam yang praktikal daripada seorang yang membazir. Malahan anda pastinya terkejut apabila mendapati bahawa perbezaan kekemasan sulaman kerawang bukanlah terletak pada mahal atau jenama mesin tersebut tetapi bergantung kepada kelembutan ayakan sulaman kerawang anda.

Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas Butik Akademi Sulaman Sri Classic
Moderator Online Courses Sulaman Kerawang.
p/s:Jangan lupa mendaftar diri anda untuk bersama-sama menguasai kemahiran sulaman kerawang ini.
Product Rating: 5.0
Summary: Review: Mesin Sulaman Kerawang Yang Sesuai 256
Reviewed by: PUSPANITA
Price: $163
{ 1 comment… read it below or add one }
Thank you for your post.Really looking forward to read more. Cool.
You must log in to post a comment.