Pergerakan Sulam Padu

Post

Comments   |   Tips Sulam Kerawang

Sulam padu adalah antara teknik yang digunakan dalam menghasilkan sulaman anda. Dalam menyulam sulaman kerawang, apa yang perlu ditekankan adalah motif sulaman yang dihasilkan. Ini kerana, jika diperhatikan betul-betul, bukan semua motif rekaan sulaman kerawang boleh dihasilkan dengan menggunakan satu kaedah sahaja iaitu sulam padu.

Pergerakan Sulam Padu Yang Betul

Dalam menggunakan teknik sulam padu ini, setiap rekaan motifnya mestilah memenuhi syarat seperti berikut:-

  1. Awalnya kecil, tengah bunga besar dan diakhiri dengan kecil kembali. 
  2. Awalnya besar, tengahnya sederhana besar dan diakhiri dengan kecil kembali.

Walaupun ia nampak mudah, sebenarnya anda perlu pastikan setiap pergerakan anda adalah seimbang dan sekata hingga ke akhir sesi menyulam anda. Kegagalan anda mengawal pergerakan sulam padu yang diberikan di atas, boleh mengakibatkan hasil rekaan sulaman anda tidak menjadi atau terputus-putus.

Jangan Menggunakan Kaedah Sama dalam Pergerakan Sulam Padu

Jika anda masih menggunakan kaedah yang sama pada motif seperti membulat dan berlekuk, ia tidak akan menjadi kemas dan menarik. Sebaliknya, sulaman anda akan menjadi tebal sebelah.

Pergerakan Sulam Padu Disesuaikan dengan Motif rekaan corak sulaman kerawang.

Oleh itu, anda harus bijak dalam menghasilkan motif yang sesuai dalam setiap pergerakan sulaman kerawang anda dengan menggunakan teknik sulam padu.

Selamat Mencuba teknik sulam padu ini.

Sulam Padu

Ikhlas,

Syahida Ramli

Pengasas, Butik dan Akademi Sulaman Sri Classic

Moderator, Online Courses Sulaman Kerawang

Jangan lupa ketahui teknik-teknik sulam padu, sulam cincang, dan sebagainya bersama online courses sulaman kerawang kami.