Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Seni Kreatif Sulaman Kerawang Bermotif Geometri

July 9, 2014 | By | No Comments

Pada hujung tahun begini, apabila cuti sekolah merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang. Baik kanak-kanak mahupun orang dewasa, cuti hujung tahun amat dinantikan kerana cutinya lebih panjang berbanding dengan  cuti-cuti yang ada sepanjang tahun.

Justeru itu, saya juga mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga ke pameran kesenian Islam di kompleks kesenian Islam yang berhampiran dengan masjid negara. Ketika berkunjung ke sana dipamerkan artifak berkaitan dengan cap mohor dan juga pengenalan tradisi sesuatu kaum pada zaman dahulu dengan pengaruh Islam. Walaupun terdapat beberapa negara seperti Monggol, India, Uthmaniyah, Ummaiyah, Iraq dan kepulauan Asia Tenggara dipertontonkan, ia sedikit sebanyak memberi idea kepada saya dalam melihat pemakaian atau alat kebesaran yang menggunakan hasil seni kreatif ini.

Seni Tali Hasil Negara Timur Tengah Untuk Sulaman Bermotif Geometri

Sebagai contohnya, seni tali yang dihasilkan di negara timur tengah dan India menarik perhatian saya. Susunan benang kain diatur menjadi sulaman yang cantik menggunakan motif geometri dan juga motif flora.(rujukan pameran kesenian Islam, Disember 2012) Malah, seni tali ini dapat menjadi aksesori pada selendang, jubah wanita serta jubah lelaki yang digayakan oleh pakaian golongan bangsawan pada masa dahulu.

Corak Sulaman Kerawang Di Pameran Muzium Kesenian Islam

Selain itu, apa yang lebih menarik perhatian saya adalah corak kerawang yang dipamerkan dalam pameran kesenian Islam ini. Ia melambangkan kesenian Islam ini amat halus dan lebih berseni dalam penggayaannya. Bayangkan bertapa seninya seseorang itu yang boleh menempa hulu parang yang diperbuat daripada batu jed yang keras dan dikerawangkan serta ditambah dgn himpunan permata delima. Cantik sungguh! Ia anugerah Allah yang diberi nikmat pada si penempa parang tersebut. Malah, parang dan senjata-senjata lain terukir corak berkerawang yang memberi ilham kepada saya dalam mengadaptasikan ke sulaman kerawang pada fabrik. Maksudnya, dalam sulaman kerawang pun kita boleh tambahkan perbagai elemen lain yang akan nampak lebih menarik dan berseni.

Sebagai contohnya, beberapa tahun lepas sekitar tahun 2005 sulaman dan labuci diperkenalkan. Walhal pada masa itu seingat saya, trend yang menjadi ikutan adalah corak batu yang dijahit pada keliling baju mahupun pada keliling tudung bawal.

Menggabungkan Labuci Dan Sulaman Kerawang

Bagaimana menyulam menggunakan labuci? Caranya mudah sahaja, setiap sulaman yang dihasilkan perlulah dilukis corak pola yang diingini ke atas fabrik. Walaupun bunga, daun, sulur dan batang hanya dilukis dengan simbol pola tetapi ia masih boleh lagi diketahui corak sebenar ataupun corak penuh pada satu-satu fabrik itu. Justeru, pada bahagian yang diingini dengan penambahan labuci akan dijahit tangan dengan menggunakan kaedah jahitan manik pada sulaman kerawang tersebut.

Bengkel-Seni-Kreatif-Sulaman-KerawangSaya lebih suka menggunakan labuci yang berbentuk daun yang mempunyai seperti bentuk daun bunga ros iaitu daun yang mempunyai sedikit bergerigi bentuknya. Namun saiznya pula adalah saiz yang sederhana iaitu saiz 3 dan mempunyai 2 lubang labuci iaitu pada atas dan bahagian bawah. Bukannya lubang ada bahagian kiri dan kanan labuci. Ini kerana lubang atas dan lubang boleh bawah memudahkan saya mencorakkan atau mengayakan labuci berdasarkan design yang diingini. Manakala, lubang kiri dan kanan akan menyebabkan ia sukar serta mengelirukan pergerakan jahitan anda sekiranya ia melibatkan corak daun yang penuh.

Sebab itulah, saya lebih suka menggunakan daun bergerigi yang mempunyai lubang pada bahagian atas dan bawah daun tersebut. Itu baru disentuh hal yang berkaitan dengan labuci. Bagaimana nak menyulamnya? Ya, setelah dijahit menggunakan kaedah sulaman atau jahitan manik, barulah anda menyulam dengan menindih sebahagian daripada lebaran labuci tersebut. Ia dihasilkan dengan bukaan zig zag pada corak yang ingini bukannya dengan teknik cincang ataupun pertindihan sulur.

Mudah bukan, namun bagi yang baru berjinak-jinak dengan sulaman kerawang mungkin tidak berapa faham dengan istilah yang saya gunakan namun ianya terjawab dalam online courses sulaman kerawang saya iaitu di laman www.maribelajarsulamankerawang.com di sana anda akan mempelajari sulaman kerawang yang diajar secara satu persatu secara video. Ia memudahkan kepada sesiapa sahaja yang ingin berkecimpung dalam bidang sulaman kerawang ini. Selamat belajar…!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Online Courses Sulaman Kerawang dan Butik Sulaman Sri Classic Collection.

Submit a Comment