Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Sulaman Kerawang Ayak Tradisional

April 14, 2014 | By | 86 Comments

Apabila bercakap mengenai sulaman kerawang, pastinya fikiran anda menggambarkan baju kebaya serta baju pengantin yang sarat dengan rekaan sulaman kerawang. Ia benar-benar eksklusif serta tidak lapuk dek zaman.

Uniknya Rekaan Sulaman Kerawang Ayak Tradisional

Itulah uniknya setiap hasil rekaan yang menggunakan corak sulaman kerawang yang dihasilkan secara tradisional untuk mendapatkan rekaan corak kerawang yang cantik. Serta motif rekaannya boleh diubah-ubah mengikut cita rasa pelanggan dan penyulam sendiri kerana ia dihasilkan secara tradisional dan bukannya menggunakan mesin sulam berkomputer yang hanya bergantung kepada design yang disediakan.

Tidak Sama Dengan Sulaman Kerawang Berkomputer

Jika sulaman kerawang ini dihasilkan secara automatik iaitu menggunakan mesin sulam berkomputer, pastinya ia tidak boleh diubah dan statik kepada rekaan yang sama sahaja. Apa yang berubah adalah warna sahaja, malahan saiz sulaman juga statik dan ia tidak boleh dihasilkan terlalu besar kerana mempunyai had-had tertentu dalam menghasilkan saiz sulaman.

Rekaan Sulaman Kerawang Kekal Sepanjang Zaman

Justeru, inilah uniknya rekaan sulaman kerawang dan menjadi perhatian sejak zaman berzaman kerana diperbuat secara tradisional. malahan, pelanggan boleh menghantar rekaan sulaman kerawangnya sendiri agar ia lebih eksklusif dan disulam mengikut kesukaan pelanggan. Manakan tidak, kerana sulaman kerawang it hanya dihasilkan untuk pelanggan tersebut sahaja dan tidak akan dihasilkan untuk rekaan sulaman kerawang yang lain.

Dengan hal yang demikian, rekaan sulaman kerawang secara tradisional atau ayak tetap menjadi idaman mereka  di luar sana untuk memilikinya. Bukan kerana harganya tetapi ia dinilai lebih kepada seni sulaman kerawang itu sendiri.

Jumpa Lagi!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Online Courses Sulaman Kerawang

Bengkel Sulaman Kerawang Online

Submit a Comment