Dalam mempelajari sulaman kerawang, apa yang penting adalah anda perlu menguasai betul-betul teknik sulaman kerawang terutamanya teknik-teknik asas. Hal ini kerana, anda tidak seharusnya teragak-agak dalam membezakan teknik-teknik seperti layangan dengan sentapan kecil serta teknik lompatan cincang besar dan sebagainya. Dengan penguasaan penuh teknik-teknik sulaman kerawang inilah yang membolehkan anda menghasilkan kerawang yang cantik dan [...]
akademi sulaman
Sulaman kerawang telah dipadankan dengan manik-manik agar sulamannya lebih menyerlah walaupun motif yang digunakan adalah motif yang mudah. Kadang kala sulaman kera hanya dijadikan sebagai sulur-sulur yang mudah untuk dipadankan dengan manik-manik yang menjadi trend pada fesyen 2011 ini.
Jika anda baru bermula belajar sulaman kerawang, pastinya anda akan mengalami masalah benang mesin yang selalu terputus-putus semasa menyulam. Situasi seperti inilah yang menguji kesabaran dan ketabahan hati saya sewaktu mula-mula memahirkan diri dalam sulaman kerawang 23 tahun yang lalu.
Ada yang bertanya kepada saya bagaimana untuk menghasilkan rekaan corak sulaman kerawang yang nipis. Sebagai mana baju yang telah dibeli beliau dari Negara jiran. Mujurlah, ketika berkunjung ke Butik Sulaman saya, beliau telah membawa bersama hasil rekaan corak sulaman kerawang di pakaian yang telah dibelinya. Dan beliau menyuruh saya meneliti teknik rekaan corak sulaman tersebut.
Sulam padu adalah antara teknik yang digunakan dalam menghasilkan sulaman anda. Dalam menyulam sulaman kerawang, apa yang perlu ditekankan adalah motif sulaman yang dihasilkan. Ini kerana, jika diperhatikan betul-betul, bukan semua motif rekaan sulaman kerawang boleh dihasilkan dengan menggunakan satu kaedah sahaja iaitu sulam padu.
Pilih Alatan Yang Sesuai Dalam melukis corak , design atau motif pada fabrik anda akan keliru dalam pemilihan bahan untuk lukisan anda. Pelbagai alat lukisan boleh digunakan seperti pen, pensel, pensel kapur, marker khas untuk fabrik, kertas karbon, kapur berbentuk tiga segi, kapur tukang jahit (warna merah dan biru), pensel warna dan sebagainya. Cuma untuk [...]

