Sulaman kerawang yang nampak timbul akan menghasilkan sulaman yang cantik. Nyata untuk mendapatkan sulaman kerawang seperti ini, ia memerlukan penelitian yang sangat baik daripada setiap penyulam tersebut. Jadi, persoalannya, bagaimana untuk menghasilkan sulam padu teknik timbul ini dengan mudah dan cantik.
jahitan sulaman padu
Sulam padu adalah antara teknik yang digunakan dalam menghasilkan sulaman anda. Dalam menyulam sulaman kerawang, apa yang perlu ditekankan adalah motif sulaman yang dihasilkan. Ini kerana, jika diperhatikan betul-betul, bukan semua motif rekaan sulaman kerawang boleh dihasilkan dengan menggunakan satu kaedah sahaja iaitu sulam padu.
Pilih Alatan Yang Sesuai Dalam melukis corak , design atau motif pada fabrik anda akan keliru dalam pemilihan bahan untuk lukisan anda. Pelbagai alat lukisan boleh digunakan seperti pen, pensel, pensel kapur, marker khas untuk fabrik, kertas karbon, kapur berbentuk tiga segi, kapur tukang jahit (warna merah dan biru), pensel warna dan sebagainya. Cuma untuk [...]