Apabila melihat banting-banting festival baba nyonya antarabangsa yang berlangsung di Melaka dari 16 hingga 18 November 2011, mengimbau kenangan bagaimana sulaman baba nyonya yang penuh dengan sulaman kerawang secara meluas suatu ketika dahulu. Bermula dari saat itulah sehingga kini, sulaman kerawang mula mendapat perhatian terutamanya buat generasi muda. Memartabatkan Hasil Seni Sulaman Kerawang Namun, ketika ...
Lenggok dalam menghasilkan sulaman kerawang perlulah tersusun rapi dan kemas pembuatannya. Contohnya, dalam anda menghasilkan kerawang berbentuk buih , apa yang pentingnya adalah buih yang dihasilkan perlulah sama besar saiznya dan tersusun secara bertingkat-tingkat.
Dalam mempelajari sulaman kerawang, apa yang penting adalah anda perlu menguasai betul-betul teknik sulaman kerawang terutamanya teknik-teknik asas. Hal ini kerana, anda tidak seharusnya teragak-agak dalam membezakan teknik-teknik seperti layangan dengan sentapan kecil serta teknik lompatan cincang besar dan sebagainya. Dengan penguasaan penuh teknik-teknik sulaman kerawang inilah yang membolehkan anda menghasilkan kerawang yang cantik dan ...
Sulaman kerawang telah dipadankan dengan manik-manik agar sulamannya lebih menyerlah walaupun motif yang digunakan adalah motif yang mudah. Kadang kala sulaman kera hanya dijadikan sebagai sulur-sulur yang mudah untuk dipadankan dengan manik-manik yang menjadi trend pada fesyen 2011 ini.
Sulaman kerawang kini berjaya menambat hati golongan muda dengan padanan kebaya dan seluar berkerawang. Ia bukan sahaja selesa digayakan ke pejabat, majlis koktel mahupun majlis-majlis formal tetapi turut ditampilkan dengan busana sulaman kerawang. Walaupun sulamannya agak tebal tetapi ia menampilkan si pemakainya nampak lebih anggun dan ranggi dengan memakai busana sulaman kerawang.
Corak sulaman kerawang yang pelbagai bentuk dan rupa, merupakan seni yang tidak ternilai yang menonjolkan kemahiran seseorang penyulam sama ada ia mahir ataupun tidak mahir dalam menyulam kerawang.
Sulaman kerawang amat cantik dipakai. Cuma bagaimanakah untuk membaiki sulaman kerawang jika ia telah siap sepenuhnya dihasilkan?
Sulaman kerawang dahulunya hanya dipakai oleh kaum Melayu dan juga kaum baba dan nyonya di Melaka. Kini, perkembangan pesat di samping usaha oleh pihak kerajaan terutamanya sewaktu ia dipromosikan oleh Datin Seri Endon, isteri Perdana Menteri ketika itu.
Apabila bercakap mengenai sulaman kerawang, pastinya fikiran anda menggambarkan baju kebaya serta baju pengantin yang sarat dengan rekaan sulaman kerawang. Ia benar-benar eksklusif serta tidak lapuk dek zaman.