kerawang

Kebaya Sulaman Kerawang

by MariBelajarSulam on May 2, 2011

Apabila melihat kebaya yang disulam dengan sulaman kerawang tebal serta cantik, hati anda pasti hendak memilikinya. tetapi apabila melihat harganya pula, pasti anda terbantut untuk membelinya. 

Istilah Sulaman Kerawang Buatan Tangan

by MariBelajarSulam on April 4, 2011

Apabila melihat majalah kesukaan saya, apa yang menarik perhatian adalah corak sulaman kerawang yang dihasilkan pada telekung. Ia didapati pada iklan dalam majalah tersebut. Namun, jika mereka yang tidak mengetahui tentang sulaman kerawang, pastinya akan keliru dengan paparan iklan tersebut. In kerana di dalam iklan tersebut ia menyatakan corak sulaman kerawang 100% buatan tangan.

Seni Sulaman Kerawang Yang Tidak Ternilai

by MariBelajarSulam on March 22, 2011

Sulaman kerawang amat sinonim dengan gaya mewah dan juga busana pengantin. Jika dahulu, busana pengantin lebih kepada songket, namun pada masa kini fesyen busana pengantin telah dipadatkan dengan elemen sulaman kerawang. Malahan, fabrik lace juga turut disulam kerawang agar ia nampak lebih mewah dan cantik.

Tolakan kaki dan yang stabil akan dapat menghasilkan sulaman kerawang yang baik. Kuncinya adalah imbangan. Ini kerana imbangan yang baik akan membuahkan hasil sulaman kerawang yang diingini.

Mudah Mempelajari Sulaman Kerawang Jika Anda…

by MariBelajarSulam on March 2, 2011

Sulaman kerawang amat diminati ramai, cuma untuk mempelajarinya memerlukan minat serta kesabaran yang tinggi. Ini kerana dalam seni sulaman kerawang ia melambangkan keperibadian seseorang penyulam dalam menghasilkan sulaman kerawang. Masakan tidak, setiap langkah dan alunan ayak sulaman kerawang dapat dilihat dari segi tingkah laku, tata susila seseorang penyulam kerana ia digambarkan berdasarkan kekemasan, kelembutan pergerakan [...]

Menghasilkan Sulaman Kerawang Dengan Teknik Cincang

by MariBelajarSulam on February 17, 2011

Sulaman kerawang yang nampak timbul akan menghasilkan sulaman yang cantik. Nyata untuk mendapatkan sulaman kerawang seperti ini, ia memerlukan penelitian yang sangat baik daripada setiap penyulam tersebut. Jadi, persoalannya, bagaimana untuk menghasilkan sulam padu teknik timbul ini dengan mudah dan cantik.

Bengkel Sulaman Kerawang – Online atau Offline

by MariBelajarSulam on October 10, 2010

Ada kalanya, sebagai penggemar sulaman kerawang, anda akan memastikan busana anda disulam dengan rekaan kerawang yang cantik. Namun, oleh sebab anda merupakan pengumpul sulaman kerawang ini, tentunya anda akan merasa bosan melihat corak sulaman kerawang yang dihasilkan itu lebih kepada corak statik dan stereotaip. Ini kerana anda boleh melihat dalam setiap rekaan sulaman kerawang anda, [...]

Hasil Sulaman Kerawang Terputus-putus dan Menggelembung

by MariBelajarSulam on September 5, 2010

Jika anda baru bermula belajar sulaman  kerawang, pastinya anda akan mengalami masalah benang mesin yang selalu terputus-putus semasa menyulam. Situasi seperti inilah yang menguji kesabaran dan ketabahan hati saya sewaktu mula-mula memahirkan diri dalam sulaman kerawang 23 tahun yang lalu.

Hasil Rekaan Sulaman Kerawang Tidak Tertumpu Pada Busana Semata

by MariBelajarSulam on September 5, 2010

Sulaman kerawang tidak tertumpu kepada busana sahaja, malah barang-barang atau objek dekorasi dalaman rumah juga boleh disulamkan agar ia ditambah nilai seninya. Mungkin salah satu sahaja elemen yang digunakan iaitu sulaman ataupun hanya kerawang sahaja digunakan. Malahan apa sahaja barang atau produk yang berasaskan kain dan fabrik boleh disulamkan.

Mesin Sulaman Kerawang Yang Sesuai

by MariBelajarSulam on August 24, 2010

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan sulaman kerawang pastinya tertanya-tanya kepada diri sendiri, iaitu mesin sulam yang bagaimanakah yang paling sesuai untuk menghasilkan sulaman kerawang yang cantik.