Apabila bercakap mengenai sulaman kerawang, pastinya fikiran anda menggambarkan baju kebaya serta baju pengantin yang sarat dengan rekaan sulaman kerawang. Ia benar-benar eksklusif serta tidak lapuk dek zaman.
mari belajar sulaman mesin
Apabila melihat majalah kesukaan saya, apa yang menarik perhatian adalah corak sulaman kerawang yang dihasilkan pada telekung. Ia didapati pada iklan dalam majalah tersebut. Namun, jika mereka yang tidak mengetahui tentang sulaman kerawang, pastinya akan keliru dengan paparan iklan tersebut. In kerana di dalam iklan tersebut ia menyatakan corak sulaman kerawang 100% buatan tangan.
Sulaman kerawang amat diminati ramai, cuma untuk mempelajarinya memerlukan minat serta kesabaran yang tinggi. Ini kerana dalam seni sulaman kerawang ia melambangkan keperibadian seseorang penyulam dalam menghasilkan sulaman kerawang. Masakan tidak, setiap langkah dan alunan ayak sulaman kerawang dapat dilihat dari segi tingkah laku, tata susila seseorang penyulam kerana ia digambarkan berdasarkan kekemasan, kelembutan pergerakan [...]