Apabila bercakap mengenai sulaman kerawang, pastinya fikiran anda menggambarkan baju kebaya serta baju pengantin yang sarat dengan rekaan sulaman kerawang. Ia benar-benar eksklusif serta tidak lapuk dek zaman.
my
Baiklah, asas kemahiran sulaman kerawang bagi mereka yang menyulam dengan mesin domestik iaitu dengan mengguna pakai sepenuhnya kemahiran ayak sulam yang seiring dengan kayuhan pedal kaki mesin domestik tersebut.
Jika anda baru bermula belajar sulaman kerawang, pastinya anda akan mengalami masalah benang mesin yang selalu terputus-putus semasa menyulam. Situasi seperti inilah yang menguji kesabaran dan ketabahan hati saya sewaktu mula-mula memahirkan diri dalam sulaman kerawang 23 tahun yang lalu.
Sulaman kerawang tidak tertumpu kepada busana sahaja, malah barang-barang atau objek dekorasi dalaman rumah juga boleh disulamkan agar ia ditambah nilai seninya. Mungkin salah satu sahaja elemen yang digunakan iaitu sulaman ataupun hanya kerawang sahaja digunakan. Malahan apa sahaja barang atau produk yang berasaskan kain dan fabrik boleh disulamkan.
Selain dari manik, sulaman kerawang juga merupakan aksesori di busana yang diminati dan digemari sehingga sekarang. Namun pelbagai kaedah yang telah digunakan pada masa kini untuk memudahkan pereka fesyen dalam sesuatu rekaan sulaman yang eksklusif.
Dalam menghasilkan design atau corak kerawang yang cantik, seseorang penyulam itu bebas untuk menghasilkan karya mengikut seleranya. Selagai mana ia mampu berkarya, selagi mana kreatifnya idea corak kerawangnya, selagi itulah hasil corak kerawangnya menjadi semakin cantik dan unik.
Pilih Alatan Yang Sesuai Dalam melukis corak , design atau motif pada fabrik anda akan keliru dalam pemilihan bahan untuk lukisan anda. Pelbagai alat lukisan boleh digunakan seperti pen, pensel, pensel kapur, marker khas untuk fabrik, kertas karbon, kapur berbentuk tiga segi, kapur tukang jahit (warna merah dan biru), pensel warna dan sebagainya. Cuma untuk [...]