Realtime hit counterweb stats

sulaman kerawang

Post

Posts tagged as "sulaman kerawang"

Comments   |   Tips Sulam Kerawang
Hasil Sulaman Kerawang Terputus-putus dan Menggelembung

Hasil Sulaman Kerawang Terputus-putus dan Menggelembung

Jika anda baru bermula belajar sulaman  kerawang, pastinya anda akan mengalami masalah benang mesin yang selalu terputus-putus semasa menyulam. Situasi seperti inilah yang menguji kesabaran dan ketabahan hati saya sewaktu mula-mula memahirkan diri dalam sulaman kerawang 23 tahun yang lalu.

Comments   |   Tips Sulam Kerawang
Hasil Rekaan Sulaman Kerawang Tidak Tertumpu Pada Busana Semata

Hasil Rekaan Sulaman Kerawang Tidak Tertumpu Pada Busana Semata

Sulaman kerawang tidak tertumpu kepada busana sahaja, malah barang-barang atau objek dekorasi dalaman rumah juga boleh disulamkan agar ia ditambah nilai seninya. Mungkin salah satu sahaja elemen yang digunakan iaitu sulaman ataupun hanya kerawang sahaja digunakan. Malahan apa sahaja barang atau produk yang berasaskan kain dan fabrik boleh disulamkan.

1 comment   |   Tips Sulam Kerawang
Mesin Sulaman Kerawang Yang Sesuai

Mesin Sulaman Kerawang Yang Sesuai

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan sulaman kerawang pastinya tertanya-tanya kepada diri sendiri, iaitu mesin sulam yang bagaimanakah yang paling sesuai untuk menghasilkan sulaman kerawang yang cantik.

1 comment   |   Tips Sulam Kerawang
Alunan Ayakan Bordir Kerawang

Alunan Ayakan Bordir Kerawang

Uniknya sulam atau bordir kerawang ini ialah terbina atas ayakan pergerakannya serta juga hasil tebuk lubang kerawang. Ini kerana biarpun secara dasar, kaedah yang dilakukan ialah hampir sama, namun yang mustahaknya ayakan yang berlainan akan mencipta rekaan bordir kerawang yang bermacam bentuk dan menarik.

1 comment   |   Tips Sulam Kerawang
Teknik Sulam Tampal Pengganti Sulaman Kerawang

Teknik Sulam Tampal Pengganti Sulaman Kerawang

Selain dari manik, sulaman kerawang juga merupakan aksesori di busana yang diminati dan digemari sehingga sekarang. Namun pelbagai kaedah yang telah digunakan pada masa kini untuk memudahkan pereka fesyen dalam sesuatu rekaan sulaman yang eksklusif.  

Comments   |   Tips Sulam Kerawang
Pemilihan benang sulaman kerawang

Pemilihan benang sulaman kerawang

Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana untuk memilih benang sulaman yang sepatutnya digunakan dalam menghasilkan sulaman kerawang yang cantik. Saya berpendapat bahawa sebenarnya pemilihan benang sulaman terpulang serta bergantung kepada individu tersebut dalam mewarnai sulaman yang telah dihasilkan.  

Comments   |   Tips Sulam Kerawang
Menghasilkan Sulaman Kerawang Awan Larat

Menghasilkan Sulaman Kerawang Awan Larat

Hakikatnya, sulaman kerawang sememangnya menguji dan menuntut kesabaran yang tinggi. Tidak kiralah apa jua material yang ingin disulam dari fabrik senipis organza hingga ke fabrik setebal songket, maka perkara yang tidak boleh lari ketika menyulam adalah kesabaran.

1 comment   |   Tips Sulam Kerawang
Busana Sulaman Kerawang

Busana Sulaman Kerawang

Jika sesebuah busana dipadankan dengan rekaan sulaman kerawang, ia mampu mencantikkan lagi busana tersebut. Sulaman kerawang yang bertindak sebagai aksesori kepada busana mampu menjadikannya lebih mewah dan elegan.

Comments   |   Tips Sulam Kerawang
Rekaan Corak Sulaman Kerawang Dari Negara Jiran

Rekaan Corak Sulaman Kerawang Dari Negara Jiran

Ada yang bertanya kepada saya bagaimana untuk menghasilkan rekaan corak sulaman kerawang yang nipis. Sebagai mana baju yang telah dibeli beliau dari Negara jiran. Mujurlah, ketika berkunjung ke Butik Sulaman saya, beliau telah membawa bersama hasil rekaan corak sulaman kerawang di pakaian yang telah dibelinya. Dan beliau menyuruh saya meneliti teknik rekaan corak sulaman tersebut.

1 comment   |   Tips Sulam Kerawang
Menyulam Bunga Tanjung

Menyulam Bunga Tanjung

Dalam menyulam bunga tanjung, apa yang penting adalah bulatan luaran bunga tanjung mestilah sama besar saiznya di antara kelopak. Seterusnya anda perlu melakukan sulaman padu secara berulang-ulangan pada setiap kelopak yang terhasil.  Ia merupakan langkah asas yang perlu anda ikuti dan lakukan.