Baiklah, asas kemahiran sulaman kerawang bagi mereka yang menyulam dengan mesin domestik iaitu dengan mengguna pakai sepenuhnya kemahiran ayak sulam yang seiring dengan kayuhan pedal kaki mesin domestik tersebut.
teknik menyulam baba nyonya
Dalam menyulam bunga tanjung, apa yang penting adalah bulatan luaran bunga tanjung mestilah sama besar saiznya di antara kelopak. Seterusnya anda perlu melakukan sulaman padu secara berulang-ulangan pada setiap kelopak yang terhasil. Ia merupakan langkah asas yang perlu anda ikuti dan lakukan.
Dalam menghasilkan design atau corak kerawang yang cantik, seseorang penyulam itu bebas untuk menghasilkan karya mengikut seleranya. Selagai mana ia mampu berkarya, selagi mana kreatifnya idea corak kerawangnya, selagi itulah hasil corak kerawangnya menjadi semakin cantik dan unik.