Selain dari manik, sulaman kerawang juga merupakan aksesori di busana yang diminati dan digemari sehingga sekarang. Namun pelbagai kaedah yang telah digunakan pada masa kini untuk memudahkan pereka fesyen dalam sesuatu rekaan sulaman yang eksklusif.
teknik tampalan sulaman pada kain
Ada yang bertanya kepada saya bagaimana untuk menghasilkan rekaan corak sulaman kerawang yang nipis. Sebagai mana baju yang telah dibeli beliau dari Negara jiran. Mujurlah, ketika berkunjung ke Butik Sulaman saya, beliau telah membawa bersama hasil rekaan corak sulaman kerawang di pakaian yang telah dibelinya. Dan beliau menyuruh saya meneliti teknik rekaan corak sulaman tersebut.