Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Teknik Sulam Tampal Pengganti Sulaman Kerawang

March 17, 2014 | By | 40 Comments

Selain dari manik, sulaman kerawang juga merupakan aksesori di busana yang diminati dan digemari sehingga sekarang. Namun pelbagai kaedah yang telah digunakan pada masa kini untuk memudahkan pereka fesyen dalam sesuatu rekaan sulaman yang eksklusif.

 

Sukar Mendapat Individu Mahir Sulaman Kerawang Tempatan.

Untuk mendapatkan sulaman kerawang yang dihasilkan secara manual, ia memerlukan  kos yang tinggi terutamanya sekali untuk mendapatkan penyulam-penyulam tempatan adalah sukar berbanding dengan penyulam dari negara jiran.

Teknik Sulam Tampal Pengganti Sulaman Kerawang.

Oleh itu, cara yang paling mudah dan murah adalah dengan menggunakan teknik tampalan pada busana dalam menghasilkan sulaman kerawang. Ini kerana teknik sulam tampal ini hanya menggunakan fabrik lace ataupun renda sahaja sebagai penyeri busana sulaman kerawang.

Seterusnya, langkah menghasilkan sulaman kerawang menggunakan teknik ini ialah dengan menggunting renda atau lace tadi dan ditampal mengikut kesesuaian corak lace dan renda tersebut pada fabrik busana. Jika kita lihat di sini, cara ini amat popular bagi penyulam-penyulam bordir yang berada di Indonesia dan juga rekaan-rekaan sulaman kerawang yang diimport dari sana yang menggunakan fabrik tampalan.

Sulaman Tampal Lebih Sensitif Daripada Sulaman Kerawang Ayak Tradisional.

Walaupun jika dilihat sulaman yang terhasil akan bergulung dan sensitif, itu adalah perkara biasa kerana fabrik lace dan renda mempunyai sifat lembut dan sensitif.

Oleh itu, bagi anda yang mempunyai busana sulaman kerawang dengan kaedah di atas,  adalah dinasihatkan agar busana anda hanya dicuci dengan cucian kering agar corak sulamannya terpelihara dan tahan lebih lama.

Mari Belajar Sulaman Kerawang

Ikhlas,

Syahida Ramli

Pengasas, Butik Akademi Sulaman Sri Classic

Moderator, Online Courses Sulaman Kerawang

Jangan lupa mendaftar dan belajar sulaman kerawang secara online bersama kami hari ini!

Submit a Comment