Testimonials
It is necessary to specify the limit of items to show per page ($class->limit(10))
It is necessary to specify the limit of items to show per page ($class->limit(10))
Sulaman kerawang ini telah banyak membantu dan melatihkan diri saya yang berminat dari dulu lagi mahu belajar sulaman begini sampailah saya menemui pembelajaran melalui sulaman online ini yang banyak memberi kesan positif kepada saya untuk belajar dengan lebih baik lagi tentang sulaman kerawang ini. terima kasih kepada Puan Syida kerana banyak membantu dan mengajar saya jikalau saya melakukan kesilapan.segala komen yang puan bagi,akan saya praktikan lebih lagi untuk berjaya dimasa hadapan.sekian,terma kasih..
Nolia Bujang
Bintulu, Sarawak
Bagi saya yang memang tidak mempunyai pengetahuan dalam sulaman kerawang , Kursus Sulaman Kerawang Secara Online anjuran Sri Classic Collection ini sangat lengkap kerana pelajarnya didedahkan dari peringkat asas hingga peringkat yang tertinggi. Pengajaran secara langkah demi langkah dengan tunjuk ajar yang lengkap amat memudahkan peserta memahami dan mengikuti pembelajaran tanpa tekanan. Peserta kursus juga tidak terikat dengan masa kerana mereka boleh akses platform ini pada bila-bila masa yang terluang. Selain itu, kelebihan lain mengikuti kursus kerawang di platform ini ialah kita boleh meminta khidmat nasihat, pandangan dan tunjuk ajar dari Puan Syida sendiri pada bila-bila masa secara percuma. Hasil sulaman kerawang peserta juga dinilai supaya kualiti hasil kerawang peserta dapat ditingkatkan.
Dayangku Noreza
Kuching Sarawak
Assalam,diasini saya ucapkan berbanyaj2 terimakaseh kpd Puan Syida dan SRI KELASIK COLLECTION, kerana memberi saya peluang utk belajar lagi pd umor begini, sebenarnya saya memang minat dng sulaman, waktu dulu suka tengok mak memakai baju kebaya sulaman nyonya impian nak belajar tu ada tapi tak tahu kemana nak tuju tamabahan anak2 kechil lagi memang tak ada masa, jadi sekarang dng adanya SRI KELASIK dan Puan SYIDA chita2 saya tercapai drp tngan kaku utk gerakan ram sekarang dah bolehlah buat baju cucu2, saya sngt suka bab tbok lubang kerawang, sekali lagi saya ucapkan t.k. tak terhimgga kerana kenalkan saya tentang sulaman inikpd sesiapa yg nak belajar sulaman ini eloklah daftar keSRI COLLECTION, kerana penerangannya terang dan jelas senang difahami, andaikata saya utk meyanbong kursus ini dan diberi peluang saya akan teruskan lagi. Sekin terima kaseh.
Hajjah Jamilah
Shah Alam
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas kepada Puan Shida kerana berjaya menyediakan kursus sulaman Kerawang melalui online seperti ini. Dan saya sangat sangat berbangga kerana menjadi pelajar kepada akedemi ini.saya tidak akan teragak agak untuk memperkenalkan akedemi ini kepada kawan kawan saya yang berminat kerana ia sangat berbaloi, mempunyai guru yang sangat ramah dan cara penerangan nya juga mudah difahami.Kalau sebelum ini saya langsung tidak mengetahui teknik teknik menyulam kerawang, kini setelah saya belajar saya sudah dapat menerima tempahan sulaman dengan lebih bersemangat.Saya sangat sangat gembira dan begitu juga dengan kawan kawan saya,mereka sangat berpuas hati dengan sulaman yang saya hasilkan. Selepas ini kalau keadaan mengizinkan saya ingin belajar pula sulaman manik.Akhir kata saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Puan Syahida Ramlee dan akedemi Sri Classic Collection.Selamat Maju Jaya.
Mary Majusim
Papar Sabah
It is necessary to specify the limit of items to show per page ($class->limit(10))
Bagi saya kursus secara online amat mudah untuk diikuti kerana saya tidak terikat dng waktu yg ketat. Saya boleh belajar mengikuti waktu saya, kerana saya bekerja. Yuran yang di kenakan pun berpatutan berbanding dng belajar diluar. Cara puan Shida menyampaikan penerangan amat mudah difahami. Saya memang berpuas hati secara keseluruhanya dng Online Courses Sulaman Kerawang ini.
Nor Sharifah
Shah Alam
Nor Sharifah
Shah Alam
Nolia Bujang
Bintulu, Sarawak
Banyak memberi maklumat dan mengajar saya yang kurang pengetahuan tentang sulaman kerawang . Dulu saya juga telah diajar bagaimana nak menyulam tapi berbeza dengan apa yang saya pelajari dalam online kerawang ini. Mungkin mereka tidak ikhlas @ jujur dalam memberi maklumat tentang sulaman kerawang ini. Saya juga teruja dengan sistem pembelajaran online ini kerana mudah dipelajari dan maklumatnya jelas dan gambarnya cantik serta jujur dalam memberi maklumat bagi saya yang teraba-raba dalam bab sulaman kerawang. Semoga berjaya dan dapat membantu melahirkan lebih banyak usahawan kecil/rumah untuk membantu dalam meningkatkan taraf hidup mereka. Terima kasih banyak-banyak. Semoga tuhan membalas jasa baik puan yang jujur dalam memberi maklumat dan pengetahuan yang sangat-sangat banyak memberi tunjuk ajar yang sangat jelas dan mudah difahami sehingga saya telah boleh menyulam walaupun tidak sehebat mana. Terima kasih puan
Fadilah
Teluk Intan
Fadilah
Teluk Intan
Dayangku Noreza
Kuching Sarawak
Hajjah Jamilah
Shah Alam
Mary Majusim
Papar Sabah